MAKKAH: Undangan mengadakan demonstrasi masakan 15 tahun lepas membawa rezeki tidak ternilai buat seorang tukang masak selepas ia menjadi permulaan untuk beliau berkhidmat kepada petugas Tabung Haji (TH) di tanah suci Mekah.
Berkongsi kisah itu, Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, yang mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat TH di sini, berkata beliau diundang memasak menggunakan produk sebuah syarikat rempah ratus dalam satu program pemasaran pada 2008.
Usahawan pastri dan biskut itu, berkata selain produk berkenaan terpilih untuk dijadikan antara bahan utama masakan, beliau sendiri turut ditawarkan berkhidmat menyediakan juadah bagi operasi musim haji pada tahun itu.
"Saya terkejut dan gembira kerana di samping menjalankan tugas, saya berpeluang melakukan ibadah di Tanah Suci," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Mengenai tugasnya, Wan Noor Zamran berkata dengan dibantu dua chef dan dua pembantu tempatan, beliau akan mula bekerja seawal 3.30 pagi hingga kira-kira 7 malam setiap hari bagi menyiapkan makanan untuk petugas di ibu pejabat serta 12 maktab penginapan di sekitar Mekah, Arab Saudi.
Menurutnya petugas TH disajikan makanan dengan cita rasa Malaysia untuk mengubat kerinduan kepada tanah air sepanjang bertugas pada musim haji selama kira-kira dua bulan.
Beliau yang telah bertugas pada 14 musim haji, berkata bagi mengekalkan keaslian rasa makanan, bahan mentah seperti ikan bilis, udang kering, cili kering dan rempah ratus dibawa dari Malaysia.
Wan Noor Zamran berkata pasukannya bersama pasukan memasak Malaysia di Madinah akan bekerjasama menyediakan kira-kira 70 kilogram makanan kepada 670 petugas ketika hari kemuncak ibadah haji meliputi ibadah wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar di Mina.
Dalam pada itu, chef di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur, Muhammad Ramli, 36, sanggup mengambil cuti tanpa gaji bagi menyertai pasukan memasak untuk petugas TH di sini.
"Mendapat peluang sebegini bukan senang, walaupun penat saya seronok kerana berpeluang menunaikan haji dan beribadah di Masjidil Haram," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Wan Noor Zamran berkata, dengan dibantu dua chef dan dua pembantu tempatan, beliau akan mula bekerja seawal 3.30 pagi hingga kira-kira 7 malam setiap hari bagi menyiapkan makanan. - Bernama
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Perkasa PMKS melalui sistem kawalan dalaman
Kupasan bersama Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM, Profesor Madya Dr Mazlina Mustapha.
Persidangan Nikkei 2024: Kepimpinan Asia dalam ketidaktentuan dunia
Amir Fareed Rahim, Pengarah Strategi KRA Group berkongsi antara jangkaan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).
BNPL: Strategi mengurus perbelanjaan tanpa bebanan tambahan
Kebanyakan pengguna BNPL adalah golongan muda dan berpendapatan rendah dengan anggaran 44% pengguna berusia 18 hingga 30 tahun, menurut BNM, bagaimana kumpulan ini dapat mengurus perbelanjaan mereka menggunakan BNPL tanpa menambah tekanan risiko kewangan yang lain?
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Dua maut, seorang cedera, kereta terbabas dalam parit
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara terbabas ke dalam parit dan melibatkan tiga orang mangsa.
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci
Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji, di Mekah.